TAJUK: SIFAT ORANG YANG BERJAYA

Assalammualaikum wbt..bertemu kembali kita dalam entry kalini..kalini fiza nak share sedikit ilmu berkaitan dengan

 "AMANAH DAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA"

"Iaitu mereka yang menjaga amanah juga kesucian perjanjian dan akad kontrak. Yang mana mereka itu apabila diberikan amanah dan menerima amanah mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan menunaikan dan memberikan amanah tersebut kepada orang yang berhak."

       Menurut petikan diatas, fiza nak menegaskan betapa pentingnya kita untuk menjaga amanah dan hubungan sesama manusia. Jika kita menjalankan amanah yang diberikan dengan baik maka kita akan menjadi insan yang berjaya bukan sahaja didunia malah diakhirat juga. 
       Manakala hubungan sesama manusia,  Kita sebagai manusia perlulah menjaga hubungan sesama manusia agar hidup kita sentiasa tenang dan aman tanpa ada rasa iri hati dan juga hasad dengki. Contohnya kalau kita hidup berjiran kita kene hormat jiran kita, Bertegur sapa dengan jiran dan sentiasa bertolak ansur. 
        Jika kita amalkan sifat2 begitu makan akan lahirlah insan-insan hebat dan berjaya..Sekian entry fiza untuk kalini. Semoga bermanfaat..Selamat malam semuašŸ„°

Comments

Popular Posts